March 2008 - 3 ekor lebah tidak tidur malam kerana bimbang bangun lambat untuk mengejar train ke Heathrow Airport, London. Beberapa hari ini, cuaca di sekitar UK tidak begitu memberangsangkan, dengan laporan ribut taufan memenuhi ruangan surat khabar Metro. 3 ekor lebah yang selalu sahaja duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa ini tidak menyedari kesan besar yang dibawa oleh ribut terhadap perjalanan mereka ke Heathrow nanti.
Setelah selesai bermain Monopoly, semua pemain bersiap sedia untuk bersurai dan menyelesaikan urusan masing-masing. (Perlu ditekankan di sini permainan malam itu dimenangi oleh gandingan mantap Si Lebah dan Lebah K). Kepada lebah-lebah yang kalah, Si Lebah telah mengukir sebuah pantun untuk kamu semua:
kunyah makanan guna gigi,
tersalah gigit terkena ulser,
jangan pulak terasa hati,
lain kali main lagi, LOSER. :P
pesanan Si Lebah: Pantun kurang mantap kerana kurang mahir dalam Bahasa Melayu.
Sesampainya 5 ekor lebah ke pintu Sheffield Train Station, mereka semua terbaca satu berita hangat iaitu keretapi yang bakal mereka naiki ditunda kesampaiannya ke St Pancras International kerana cuaca ribut yang menyebabkan keretapi bergerak secara perlahan. Setelah bertanya kepada pak cik-pak cik stesen keretapi, mereka mendapati mereka akan sampai lewat ke Heathrow Airport. Ini sekaligus menyebabkan mereka lambat untuk 'check-in' dan terlepas kapal terbang yang akan mereka naiki. (mungkinkah ini hasil doa Lebah P yang mendoakan keburukan perjalanan sahabat-sahabat beliau?)
Namun begitu, 3 ekor lebah tersebut; Si Lebah, Lebah Hitam dan Lebah Gemuk meneruskan perjalanan menaiki keretapi dan meletakkan nasib mereka kepada takdir. Sepanjang perjalanan, 3 ekor lebah tersebut hanya mampu tidur setelah berjaga sepanjang malam. Tidur lena Si Lebah tergendala mendengar deringan telefon yang hampir kehabisan bateri....
bersambung...