03/04/2008

Back in Malaysia Final Part

Nota kepala: Untuk mempercepatkan proses penceritaan, beberapa babak perjalanan tidak akan diulas kepada para pembaca. Harap maklum.

Perjalanan tiga lebah sekawan diteruskan lagi ke Heathrow Airport. Sambil tercungap-cungap setelah berlari bersungguh-sungguh, tiga ekor lebah tersebut mencari-cari kaunter 'check-in' dengan penuh debaran. Sesampainya mereka ke kaunter, Pegawai Lebah memberitahu mereka berita gembira iaitu mereka sampai tepat pada masa. (5 minit kemudian kaunter itu ditutup) Dengan segera, mereka bergegas ke pintu pelepasan. Walau bagaimanapun, mereka bertiga masih perlu mengharungi cabaran 'scanner' sebelum melepasi ruangan 'tax free'.

Bagi melepasi halangan tersebut, ketiga-tiga lebah tersebut perlu menanggalkan aksesori-aksesori besi yang mereka pakai, termasuklah jaket dan tali pinggang. Hampir terlondeh seluar mereka setelah menanggalkan tali pinggang. (dah la kebanyakan Pegawai Lebah itu terdiri daripada perempuan. Bersyukurlah tiada 'Tiger Show' berlaku di kala kesesakan tersebut) Setelah 20 minit menunggu dalam barisan, barulah Si Lebah dan Lebah Gemuk berjaya melepasi halangan tersebut. Tetapi ini tidak berlaku kepada Lebah Hitam. Dia ditahan sebentar kerana membawa peralatan tajam di dalam beg galas beliau. (dah tau security ketat jangan la bawak bende tajam masuk flight broo...)

Perjalanan mereka diteruskan lagi menuju ke balai pelepasan. Dengan berbekalkan kecekalan, dan beg galas seberat 7 kg mereka cuba berlari-lari ke sana dengan bersungguh-sungguh dan sepantas mungkin. Tidak disangka bahawa balai pelepasan tersebut terletak 1 km jauhnya dan ini menyebabkan mereka berlari seperti peserta Amazing Race. (at least diorang dapat duit kalo menang) Setelah berlari separuh perjalanan ketiga-tiga lebah sudah kepenatan dan Lebah Hitam dan Lebah Gemuk tidak mampu lagi meneruskan larian. Mereka pun berkata,

Lebah Hitam: Si Lebah, kau pergi lari dulu. Kalau boleh tahan pintu kapal terbang dari ditutup. (muka penuh serius)
Si Lebah: Ok! (muka penuh yakin)

Lalu Si Lebah meneruskan larian dengan harapan menggunung diletakkan oleh rakan-rakan ke atas bahunya.

Sesampainya Si Lebah ke destinasi, hati Si Lebah penuh hampa kerana pintu kapal terbang masih belum dibuka dan Si Lebah perlu menunggu 20 minit sebelum pintu itu dibuka. (buat apa lari penat2 kalau pintu kapal terbang masih tertutup) Yang lebih menghampakan Si Lebah ialah Lebah Hitam dan Lebah Gemuk sampai ke destinasi dengan berlengah-lengah sambil dilayan pramugari cantik. Rupa-rupanya, ketika Si Lebah sedang berlari, pramugari tersebut memberitahu mereka bahawa mereka tak perlu tergesa-gesa kerana pintu kapal terbang masih belum dibuka. (apa punya kawan daa, sound la member skali, buat penat je berlari)

Walau bagaimanapun, Si Lebah tetap lega kerana berjaya sampai ke destinasi tepat pada masanya dan sekaligus berjaya menunaikan harapan untuk pulang ke Malaysia.

Nota Kaki: Kepada Lebah Gemuk, sila membuat latihan stamina apabila pulang ke Sheffield nanti. Barulah tak memerlukan alat bantuan pernafasan apabila melakukan larian jarak jauh. Hahaha

02/04/2008

Back In Malaysia Part II

... kring kring... begitulah kedengaran bunyi telefon Si Lebah berdering di dalam keretapi yang mereka naiki. Bunyi itu bukan sahaja kedengaran di sebelah telinga Si Lebah, tetapi juga turut didengari oleh penumpang-penumpang lain yang sedang tidur. Dengan segera, Si Lebah terus menjawab panggilan telefon tersebut tanpa melihat nama yang tertera di skrin telefon beliau. "Oh, Lebah K, ingatkan siapa tadi :) ", kata Si Lebah. Sambil berbual dengan tergesa-gesa (telefon Si Lebah hampir kehabisan bateri), kelihatan Lebah Hitam dan Lebah Gemuk sedang tidur atau buat-buat tidur. Jelas ternyata mereka kelihatan sungguh penat setelah tidak tidur semalaman. Tapi mungkin juga mereka sedang melayan hati masing-masing yang lara kerana bimbangkan keretapi yang mereka naiki ini bakal sampai lambat ke destinasi.

Tanpa menghiraukan kelambatan keretapi yang mereka naiki, Si Lebah terus berbual dengan Lebah K yang comel dengan perasaan sungguh gembiranya. (adjektif dalam ayat ini ditulis setelah dirasuah oleh Lebah K, harap maklum) Walaupun semasa di stesen keretapi tadi, Lebah D mengatakan muka lebah bertiga ini sudah 'toya' dan kelihatan sungguh sedih, tetapi sinar kegembiraan terpancar kembali ke wajah mereka setelah mereka mendengar pengumuman Driver Lebah mengatakan bahawa mereka akan sampai awal ke destinasi kerana cuaca sudah semakin baik. (mungkinkah panggilan Lebah K tadi mengubah nasib Si Lebah dari malang kepada lebih baik? hahaha)

Sesampainya tiga ekor lebah tersebut ke destinasi, mereka bertiga bergegas menuju ke stesen Underground untuk meneruskan perjalanan ke Heathrow Airport. Perjalanan mereka boleh dikira lancar sehinggalah Tube yang mereka naiki terhenti seketika kerana terdapat Mak Cik Lebah yang menekan butang kecemasan kerana beliau diserang sakit pelik secara tiba-tiba. Perbuatan ini melengahkan perjalanan mereka selama 5 minit dan perasaan mereka semakin berdebar-debar takutkan ketinggalan kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. (sebelum Mak Cik Lebah jatuh sakit, beliau sering meng'usha-usha' Lebah Gemuk dan Lebah Hitam. mungkin beliau sukakan mereka berdua atau dia cuba untuk meminta tolong. kedua-dua lebah tersebut tidak memahami maksud tersirat disebalik jelingan Mak Cik Lebah)

Setelah selesai urusan Mak Cik Lebah, perjalanan tiga ekor lebah ini diteruskan lagi....

bersambung...