24/11/2008

Penuh Keyakinan

Pada suatu hari, sedang Si Lebah melayan barang baik tak pernah lihat, kelihatan Lebah S disakat2 oleh Lebah F. Setelah puas disakat, Lebah S membuat kenyataan berikut.

Lebah S: Aku tak kisah ko nak kate ape pon pasal aku, yang penting aku tau aku ni mcm mane.
Si Lebah: Ko tu mcm mane?
Lebah S: Aku rasa aku independent. Duet ade, kete ade tunang pon ade. Ape lagi yang aku nak?
Si Lebah: Oh ye ke?
Lebah S: Betol. Tunang aku pon cantik, pandai masak, ade duet, ade kete sendiri. Cuma kahwin je belum lagi.
Si Lebah: Bile nak kawen?
Lebah S: Tengah kumpul duet la ni.
Si Lebah: Jangan lupe ajak aku nanti.

Manusia yang penuh keyakinan dengan kehidupan. Bak kate Abang Lebah, "ape2 teruk jadi kat kite pon, semua tu dunia. Balik umah tido senang hati. Esok bangun settle gak bende tu."

p/s: ayat Abang Lebah itu direka semula. Tapi nada dia bercakap ala-ala pakar motivasi gitu :)

16/11/2008

One Free Weekend

Khamis

Si Lebah sampai ke KL bersama rakan2 sekerja pada waktu maghrib. Hari gelap dan hujan renyai2. Untuk memuaskan nafsu di perut, mereka beramai2 pergi makan sate haji samuri yang lazat lagi mengenyangkan. Perasaan puas ditambah lagi dengan perasaan gembire kerana semua makanan tersebut free of charge :) Selesai sahaja mengisi perut, Si Lebah mula bergerak untuk ke KLIA bagi mengambil adik tersayang yang baru balik sekolah (sungguh maju budak2 zaman sekarang ni, balik sekolah pon naik flight) Si Lebah sampai ke rumah pada pukul 130 pagi dan menidurkan dirinya tepat pukul 2 pagi.

Jumaat

630 pagi Si Lebah bangun dari tidur. Seperti biasa, solat subuh tidak dilupakan. Semasa lunch, Si Lebah berborak dgn rakan sekerjanya, seekor lebah berbangsa cina. Perbualan mereka seperti berikut:

Si Lebah: Apa yang korang sembah pagi2 tu? Berasap2 aku tgk.
Lebah Cina: Itu dipanggil datuk. Tuan tanah tu nak mintak jaga kesejahteraan syarikat. Datuk itu orang melayu.
Si Lebah:Mane ko tau ni?(sambil gelak)
Lebah Cina: Mane la aku tau. Aku orang Christian. Tak sembah bende tu.
Si Lebah: Sengal

Selesai kerja, Si Lebah plan untuk dinner dgn Lebah B. Semasa plan2 untuk pergi dinner, maka terkenalah perkataan bongok ke atas diri Si Lebah sebab kerja kat Shah Alam tapi tak bgtau die. Walaubagaimanapun, plan mereka terpaksa dicancel kerana Lebah B dijangka pulang lewat akibat kesesakan lalu lintas.

Seterusnya, Si Lebah bergerak ke TTDI Jaya untuk dinner dengan Lebah P plak. Selama ni pi tgk wayang kat KL je, kesian kat die takleh join. Maka Si Lebah pon bertekad untuk spent time dengan Lebah P, sebab minggu lepas dah memberi harapan kat die, tapi cancel last minute.

Dalam pukul 1100 malam, Si Lebah sampai ke rumah. Kelihatan tiada orang di rumah. Lebah sekeluarga pergi ke Sarawak rupanya, terlupa pulak. Maka duduklah Si Lebah sambil cuba2 untuk tidur (dah 19 jam Si Lebah berjaga, bawak kereta pon dah mcm wengker) Namun cubaan Si Lebah untuk tidur tidak berjaya kerana Abang Lebah sudah sampai rumah. Maka mereka pon bergeraklah ke Subang untuk bermain futsal (seperti biasa, Si Lebah kene drive, dalam keadaan separuh sedar. boleh pulak Abang Lebah tidur kat sebelah) Main dua jam, balik umah dan tido. Pancit gile Si Lebah bile main jadi king byk kali ni. hahahaha

Sabtu

Bangun dari tidur, Si Lebah rasa mcm demam je. (mungkin sebab Si Lebah tak tido 24 jam kot) Si Lebah teringat die ada ckp nak keluar dgn Lebah A. Tapi sebab demam, Si Lebah kata cancel. Lebah A nak ajak keluar Ahad pulak, tapi sebab Si Lebah lambat reply msg, Lebah A sudah hampa dan kecewa. (bukan tanak balas, seharian Si Lebah tidur. Sedangkan Abang Lebah ajak pergi main friendly bola 11-a-side pon Si Lebah tak pegi) dowh!

p/s: im just wondering, does people be friends for a reason? some friends dont seem to be happy when they cant get what they want.... weird +_+