09/09/2008

lengai, lurus dan sengal2 badan

Semalam aku keluar dengan Shazni setelah sehari dok sangap kat rumah tak buat ape cuma tido aje. Lepas kekenyangan bukak pose, aku pi berbaring port baik aku kat rumah lantas tertido sambil pintu dikunci. (biaselah kalo dok port baik, pintu perlu sentiasa dikunci) tapi aku agak menyesal jugak la bila tertido sebab aku miss solat terawikh malam tu. (biasenye kalo takde aktiviti lain, aku mmg suke gi solat terawikh) kononnye lepas solat isya' aku nk bwat a terawikh sendiri, namun pengaruh rakan tak sebaya memanggil2 aku untuk pergi keluar tanpa arah tujuan. maka cancel la aku punye solat terawikh.

selepas memintak kebenaran melenjan kereta bapak aku, aku pon bertolak keluar. memang dah sifat aku sejak azali lagi kalau berjalan sorang diri naik kereta, tak pernah la aku tak sesat lagi. mungkin ni dah jadik salah satu hobi aku kot. tapi walopon sesat, tak pernah lagi la aku tak sampai destinasi, biasenye cume lambat sket je. tapi aku dapat rasakan aku buang tabiat gak semalam, sebab aku pi shah alam nun jauh amek member, pastu patah balik separuh jalan pi the curve. isap rokok sebatang dua, tgk sikit je kedai bukak, wayang pon tutup (baru plan nak tgk midnight movie) lantas aku dan shazni patah balik ke shah alam pi makan kedai mamak sebab kelaparan. disebabkan member aku ni dah sangap, terpaksa la aku teman die sampai kol 3 pagi kat situ.

lepas aku hantar die sampai rumah, tgk die panjat pagar rumah sendiri dengan selamat, lantas aku pon bertolak balik dan sampai ke rumah kol 4 pagi waktu tempatan. sampai je rumah terus tido dan bile aku terjaga aku terus je tulis post ni. tujuan sebenar aku tulis post ni sebenarnye nak melengahkan masa. kononnye nak menghilangkan sengal2 badan lepas bangun tido. hehehe. skrang sengal2 badan aku dah ilang, bolehlah aku membasuh kereta yang aku lenjan semalam dengan aman damai.

Sekian, terime kasih.

p/s: ade orang kate aku lengai. ade orang kate aku lurus dan senang kene tipu. yang aku tau aku penat dan sengal2 badan.

08/09/2008

26/08/2008

Si Lebah Dan Telefon Bimbit

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing hitam,
Cek la emel tiap2 hari,
Tensen gua ini macam....

Si Lebah : Assalamualaikum, nak cakap dengan Kakak Lebah boleh?
Kakak Lebah : Waalaikummussalam. Speaking.
Si Lebah : Saya telefon ni nak tanya pasal 'barang baik' yang saya tempah hari tu.
Kakak Lebah : Oh, bila awak hantar emel kat saya?
Si Lebah : Minggu lepas. Dah lama tu....
Kakak Lebah : Sekejap ye saya cek. Komputer ni lembap la pulak.
Si Lebah : Okayy...

moral: Sila cek emel tiap2 hari. Sekian.

-Si Lebah-