21/05/2010

Legend Resort Cherating

Salam Jumaat semua,

Sudah hampir genap 2 bulan saya tinggal di Legend Resort Cherating. Namun tak pernah sekalipun saya menceritakan pengalaman saya berada di sini. Memang banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang saya di sini. Namun pengalaman itu tidak menarik jika tidak disertakan dengan gambar2 yang berwarna warni.


Gambar di atas menunjukkan meja solek di hotel tersebut. Setelah lama saya tinggal di sini, sourvenier yang diberi kepada saya hanyalah beberapa ketul buah-buahan buat santapan perut. Yang biru itu pula pouch bag yang digunakan untuk meletakin 'loose' items. Harganya cuma RM15 per bag. Murah kan? :D


Gambar di atas pula menunjukkan sejadah yang diberikan kepadaku oleh pihak hotel. Alhamdulillah, mereka menggalakkan saya mengingati Allah.


Ini pula salah satu katil yang berada di dalam bilik saya. Jumlah katil di bilik saya ada 2 semuanya. Hanya satu gambar yang mampu saya upload kerana pada ketika sesi penggambaran, katil ini sahaja yang berada dalam keadaan kemas.


Sekian, terima kasih.

Remy Zainal

18/05/2010

WNX 7746

Dear All,

Pictures above shows the rented car given to me by my company for my outstation works in Kuantan. I started using this car at the end of March until now. What you need to know about this car is:

1. It is pretty big for someone small like me :( i do prefer WTH 3908
2. It has leather seat but feels like u are in a microwave if you park under the sun.
3. No tinted whatsoever.
4. Have not been washed since I start driving it.
5. Yet to be maintained.
6. Max achievable speed 180 km/hr on straight line. (Driving alone, the engine sounded like it was going to burst anytime)

That is all for now, thank you.


Best regards,

Remy Zainal

13/05/2010

Remy Zainal

Pada suatu masa dahulu, seorang engineer bernama Muhaimin Zainal telah berpindah tempat kerja dari Petra Boilers Sdn Bhd kepada TL Offshore Sdn Bhd. Berikutan dengan perpindahan beliau ke tempat baru, beliau telah dihantar ke Johor pada hari ke-3 pekerjaannya bagi menjalani sesi latihan. Tujuan latihan tersebut adalah untuk menguatkan stamina yg rendah dan menambahkan kekuatan mental Muhaimin Zainal.

Walaubagaimanapun, setelah seminggu beliau bekerja, beliau telah di panggil oleh bos besar bagi menjalankan tugas beliau di kuantan. Dan tidak sampai 2 minit beliau bertemu dengan bos besar, namanya telah ditukar kepada Remy Zainal bagi memudahkan urusan panggil memanggil dan call mengecall. Maka bermulalah kehidupan Remy Zainal di Kuantan Port yg menjalankan tugas2 menghantar paip dari darat ke tengah laut.

Di bawah nukilan ini dilampirkan sekali gambar2 yang berkaitan dengan kerja2 yg dilakukan oleh Remy Zainal.




Gambar di atas ialah gambar tug boat bernama ena dragon. Tugasnya adalah untuk menarik tongkang berisi paip ke tengah laut bagi proses pemasangan paip.



Gambar di atas menunjukkan gambar paip yang akan dihantar ke tengah lautan bintulu, sarawak. paip tersebut diangkat ke tongkang yang sekaligus akan ditarik oleh tugboat.