"Tuut tuut... tuut tuut... tuut tuut" kedengaran bunyi jam loceng Si Lebah di pagi hari menandakan sudah masuk waktu bekerja bagi Si Lebah dan seluruh ahli biliknya. Walaubagaimanapin, ahli biliknya terdiri daripada beliau seorang sahaja. Oleh sebab itu, pergilah Si Lebah ke tempat kerja dalam keadaan malas, mengantuk, lapar dan dahaga seorang diri melawan angin sejuk UK di kala musim sejuk ini (kejadian ini berlaku setiap hari Isnin - Jumaat, sungguh tragik skali... huhuhu).Tidak perlu diceritakan lagi bagaimana Si Lebah ini bekerja kerana pekerjaannya sungguh membosankan dan sudah diketahui ramai. Walaupun kurang bersemangat, Si Lebah sentiasa bangun pagi untuk pergi bekerja demi mencari sesuap nasi untuk dirinya yang tercinta. Seperti biasa, sumber motivasinya tidak lain tidak bukan ialah 'madu' yang agak lumayan jumlahnya (kerja tersebut mungkin membosankan, namun tempat kerja itu membekalkan pelbagai air minuman panas yang lazat dan berkrim... nyum nyum)
Sekembalinya Si Lebah dari tempat kerja(Si Lebah sangat malas, jadi syif kerjanya hanya 2 jam setengah), tanpa melengahkan masa lagi beliau membaringkan diri di atas katil empuk bersalutkan king size duvet yang sangat lena ditiduri. Sambil berbaring, Si Lebah cuba memikirkan kekeliruan jiwa yang melanda diri. Tanpa sempat berfikir panjang.... zzzZZZzzz
Nota kaki: Terima kasih diucapkan kepada Ketua Lebah kerana berusaha mengejut Si Lebah untuk bangun dari tidur dan pergi bekerja setiap hari. Semoga usahamu berterusan sehingga Si Lebah berhenti bekerja :)
No comments:
Post a Comment