'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'
Itulah pepatah yang terngiang-ngiang di benak pemikiran Si Lebah yang masih belum berjaya melelapkan mata pada pukul 2 pagi waktu UK ini. Orang kebanyakan sering mengatakan kesejukan boleh membawa kemengantukan sekaligus menyelesakan mata untuk tidur lena. Tapi, perkara ini sama sekali tidak berlaku kepada Si Lebah walaupun Si Lebah sudah berguling-guling selama setengah jam di atas katil.
Penyesalan 1 berlaku pada tengah malam semalam apabila 4+1 ekor lebah bersuka ria bermain Guitar Hero III di rumah Lebah S. Sepanjang permainan mereka semalam, mereka menahan lapar selama 2 jam sebelum munculnya pizza-pizza untuk dimakan secara lahapnya. Bagi memendekkan cerita, apa yang disesalkan di sini berpunca daripada permainan yang berterusan hingga lewat pagi menyebabkan Si Lebah tidur lambat sekaligus memonteng kerja bagi meluangkan masa untuk tidur (kononnya tidur awal, pegi kelas la keesokan harinya...). Masalah berlaku kerana apabila Si Lebah tidur lewat, jam biologinya akan secara langsung di'reset' menyebabkan Si Lebah tidur lewat keesokan harinya.
Pada hari kelmarin, Si Lebah dengan 'slumber'nya mengajak Lebah A untuk bermain badminton bersama rakan-rakan lain. Sesungguhnya, Si Lebah ini sangat sengal kerana perbuatan tersebut menyebabkan kakinya sakit hingga sekarang dan sekaligus menyebabkan peluang untuk beraksi dalam Liga Intramural pada hari Selasa menjadi semakin pudar. Di situlah munculnya Penyesalan 2 dalam masa dua hari yang penuh dengan kesakitan dan pancaroba.
Salah satu punca Si Lebah tidak dapat tidur malam ialah kerana Si Lebah meminum kopi sebelum membaringkan diri. Walaupun perkara ini telah berulang banyak kali, namun Si Lebah sering terlupa lantas meminum kopi sebelum cuba untuk tidur. Di sini ternyatalah bahawa Si Lebah masih belum belajar dari kesalahan yang beliau tidak boleh tidur selepas meminum kopi sepertimana yang berlaku kepada Madihah dalam cerita Dunia Baru Musim 1.
Kendatipun Si Lebah menyesal dengan perbuatan-perbuatan di atas, perbuatan tersebut pasti akan diulangi lagi di masa hadapan. Ini kerana semua perbuatan tersebut sangat menyeronokkan dan menghilangkan rasa tekanan dalam diri. Bak kata kawan Si Lebah, 'Life without regret is not a life at all'.
Nota kaki: Abang Lebah akan selamat di'graduate'kan di Adelaide sebentar lagi sambil ditemani oleh seluruh ahli keluarga tersayang kecuali Si Lebah. Congratulations~~
Penyesalan 1 berlaku pada tengah malam semalam apabila 4+1 ekor lebah bersuka ria bermain Guitar Hero III di rumah Lebah S. Sepanjang permainan mereka semalam, mereka menahan lapar selama 2 jam sebelum munculnya pizza-pizza untuk dimakan secara lahapnya. Bagi memendekkan cerita, apa yang disesalkan di sini berpunca daripada permainan yang berterusan hingga lewat pagi menyebabkan Si Lebah tidur lambat sekaligus memonteng kerja bagi meluangkan masa untuk tidur (kononnya tidur awal, pegi kelas la keesokan harinya...). Masalah berlaku kerana apabila Si Lebah tidur lewat, jam biologinya akan secara langsung di'reset' menyebabkan Si Lebah tidur lewat keesokan harinya.Pada hari kelmarin, Si Lebah dengan 'slumber'nya mengajak Lebah A untuk bermain badminton bersama rakan-rakan lain. Sesungguhnya, Si Lebah ini sangat sengal kerana perbuatan tersebut menyebabkan kakinya sakit hingga sekarang dan sekaligus menyebabkan peluang untuk beraksi dalam Liga Intramural pada hari Selasa menjadi semakin pudar. Di situlah munculnya Penyesalan 2 dalam masa dua hari yang penuh dengan kesakitan dan pancaroba.
Salah satu punca Si Lebah tidak dapat tidur malam ialah kerana Si Lebah meminum kopi sebelum membaringkan diri. Walaupun perkara ini telah berulang banyak kali, namun Si Lebah sering terlupa lantas meminum kopi sebelum cuba untuk tidur. Di sini ternyatalah bahawa Si Lebah masih belum belajar dari kesalahan yang beliau tidak boleh tidur selepas meminum kopi sepertimana yang berlaku kepada Madihah dalam cerita Dunia Baru Musim 1.
Kendatipun Si Lebah menyesal dengan perbuatan-perbuatan di atas, perbuatan tersebut pasti akan diulangi lagi di masa hadapan. Ini kerana semua perbuatan tersebut sangat menyeronokkan dan menghilangkan rasa tekanan dalam diri. Bak kata kawan Si Lebah, 'Life without regret is not a life at all'.
Nota kaki: Abang Lebah akan selamat di'graduate'kan di Adelaide sebentar lagi sambil ditemani oleh seluruh ahli keluarga tersayang kecuali Si Lebah. Congratulations~~
1 comment:
amboiiiiiii.. bukan main lg gayanya tu si lebah yg satu ni.
Post a Comment